Make your own free website on Tripod.com

PENYATA PENYESUAIAN BANK

  1. Tujuan Penyata Bank dikeluarkan oleh pihak bank
  2. Tujuan menyediakan Penyata Penyesuaian Bank.
  3. Sebab wujudnya perbezaan baki di Buku Tunai dan Penyata Bank.
  4. Cara menyediakan penyata penyesuaian bank:
    1. Bermula dengan baki penyata bank ( tanpa mengemaskinikan buku tunai)
    2. Bermula dengan baki buku tunai ( tanpa mengemaskinikan buku tunai)
    3. Bermula dengan baki buku tunai yang telah dikemaskinikan)

Rujukan:

http:// www.dsr.wa.gov.au/clubs/bank

.

  1. Tujuan penyata bank dikeluarkan oleh pihak bank.

 

  1. Buku Tunai (ruangan bank) digunakan oleh sesebuah perniagan untuk merekodkan wang masuk seperti tunai dan cek dalam bank dan wang keluar dari banknya. Butir dalam Buku Tunai disediakan daripadakeratan buku cek dan slip deposit.
  2. Pihak bank pula merekodkan semua urusniaga yang dikendalikan oleh pelanggannya.Pada akhir setiap bulan,pihak bank menyediakan satu salinan rekod Akaun semasa pelanggannya. Salinan ini dinamalan Penyata Bank. Penyata bank ialah ringkasan urusniaga antara pihak bank dengan pelanggannya.
  3. Penyata Bank digunakan oleh pelanggan untuk

i)                 menyemak ketepatan catatan dalan Buku Tunai.

ii)             Mengetahui bayaran dan deposit yang telah dibuat.

iii)         Mengetahui jumlah baki wang yang ada dalam akaun banknya.

 

  1. Hubungan antara pelanggan dengan bank adalah seperti hubungan antara penghutang dan pemiutangnya seperti berikut.

a.     Apabila pelanggan mendepositkan wang ke akaun banknya, bank akan mengkreditkan akaun pelanggan.Tetapi pelanggan akan mendebitkan Buku Tunainya iaitu catatan wang masuk.Begitu juga sebaliknya sekiranya pelanggan mengeluarkan wang dari akaunnya, bank akan mendebitkan akaun bank dan pelanggan akan mengkreditkan buku tunainya.

5. Setiapkali pelanggan menerima panyata banknya, maka dia harus membandingkan penyata bank dengan Buku Tunai.

 

(utama)#penyata_penyesuaian_bank