KONSEP DAN PRINSIP PERAKAUNAN ASAS
1.
Berterusan
2.
Pemadanan
3.
Ketekalan
4.
Materialiti
5.
Entiti Berasingan
6.
Wang Sebagai Ukuran
7.
Tempoh Perakaunan
8.
Kos Sejarah
9.
Prinsip Catatan Bergu
- BERTERUSAN
·
Perakaunan mengandaikan bahawa perniagaan akan terus berjalan untuk suatu tempoh
yang sangat lama
·
Aset perniagaan akan
terus digunakan untuk menghasilkan pendapatan bagi perniagaan itu.
MENU
- PEMADANAN
- Untuk menentukan untung bersih bagi sesuatu tempoh perakaunan, jumlah belanja bagi tempoh itu ditolak daripada hasil yang diperoleh dalam tempoh itu
- Segala belanja dan pendapatan terakru bagi tempoh berkenaan diambil kira semasa mencari untung atau rugi semasa walaupun wang belum dibayar atau diterima kerana ia merupakan urusniaga bagi tempoh perakaunan tersebut
- Segala belanja dan pendapatan terdahulu bagi urusniaga tempoh perakaunan akan
dating (walaupun wang
sudah dibayar atau diterima) tidak dianggap sebagai belanja atau pendapatan bagi tempoh perakaunan semasa.
MENU
- KETEKALAN
- Konsep ini menekankan kepentingan mengamalkan kaedah merekodkan butiran dalam akaun-akaun secara konsisten.
- Kaedah yang sesuai perlu dipilih bagi memberikan gambaran paling adil tentang aktiviti perniagaan.
MENU
- MATERIALITI
- Dalam perakaunan, perbelanjaan perniagaan boleh bersifat kebendaan atau bukan kebendaan.
- Soal butiran yang manakah berbentuk kebendaan dan bukan kebendaan bergantung kepada kebijaksanaan membuat pertimbangan dan keadaan-keadaan yang tertentu.
- Tidak ada undang-undang yang menetapkan
perkara ini.
MENU
- ENTITI BERASINGAN
- Sesebuah perniagaan itu wujud sebagai satu entity atau unit yang berasingan daripada pemiliknya.
- Rekod perakaunan hanya merekod urusniaga perniagaan. Urusniaga peribadi pemiliknya tidak direkodkan kerana tiada kaitan dengan perniagaan.
- Tujuan memisahkan entity perniagaan daripada pemiliknya adalah untuk membezakan urusniaga perniagaan daripada urusniaga peribadi.
MENU
- WANG SEBAGAI UKURAN
- Perakaunan hanya melibatkan urusniaga yang dapat dinilaikan dalam bentuk wang.
- Tujuan adalah untuk mendapatkan ukuran yang seragam supaya perbandingan dapat dibuat.
MENU
- TEMPOH PERAKAUNAN
- Tempoh perakaunan ialah jangka masa perakaunan atau jangka masa perniagaan yang telah ditetapkan oleh syarikat supaya dapat mengetahui prestasi perniagaan dari semasa ke semasa.
- Tempoh perakaunan adalah sama
dan tetap bagi sesebuah perniagaan iaitu boleh terdiri daripada 1 tahun, setengah tahun, suku tahun atau satu bulan.
MENU
- KOS
SEJARAH
- Ia bermaksud
urusniaga direkodkan mengikut nilai yang sebenar, iaitu berasaskan kos belian pada tarikh belian dilakukan.
- Kos ini dikekalkan dalam rekod perakaunan dan sebarang perubahan harga tidak mempengaruhi rekod yang telah dibuat.
MENU
- PRINSIP CATATAN BERGU
- Setiap urusniaga melibatkan 2 catatan iaitu satu akaun didebitkan dan satu akaun dikreditkan.
- Jumlah yang didebitkan mestilah sama
dengan jumlah yang dikreditkan.
MENU