Make your own free website on Tripod.com

BELANJAWAN TUNAI

 

 

 

 

1.0          PENGENALAN

 

 

2.0         KEPENTINGAN

 

 

3.0         KAEDAH PENYEDIAAN

 

 

4.0         LATIHAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.0          Pengenalan

 

Merupakan satu anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi suatu tempoh tertentu biasanya 3 bulan, 6 bulan, atau 1 tahun.

 

 

2.0         Kepentingan Belanjawan Tunai

 

a)               menunjukkan keupayaan tunai sesuatu perniagaan

iaitu samada perniagaan itu mampu membayar atau tidak semua liabilitinya seperti pinjaman, pemiutang dan lain-lain.

 

b)              digunakan untuk merancang,menyelia dan mengawal tunai supaya perniagaan tidak menghadapi masalah aliran tunai.

 

c)               menunjukkkan punca pendapatan, jumlah dan bila pendapatan itu akan diterima.

 

d)              Menunjukkan jenis perbelanjaan, jumlah dan bila belanja iyu akan dibayar

 

e)               Digunakan oleh pihak bank sebagai panduan semasa mempertimbangkan kelulusan pinjaman kepada peniaga.

 

f)                 Membantu peniaga membuat perbandingan antara pendapatan dengan perbelanjaan yang sebenar dengan anggaran yang telah dibuat dalam belanjawan.

 

 

 

3.0         Kaedah Penyediaan Belanjawan Tunai

 

a)               Disediakan dalam format berlajur

 

b)              Anggaran bagi setiap bulan ditunjukkan dalam lajur berkenaan

 

c)               Langkah langkah menyediakan belanjawan tunai:

 

i)                 mulakan dengan baki awal wang tunai

 

ii)              campurkan semua anggaran pendapatan pada masa tersebut

 

 

iii)           tolak semua anggaran perbelanjaan pada masa tersebut

 

iv)            baki yang didapati ialah baki akhir wang tunai

 

v)               baki akhir bulan pertama akan menjadi baki awal bulan kedua dan seterusnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

d)              Format Belanjawan Tunai

 

BELANJAWAN TUNAI BAGI TIGA BULAN BERAKHIR 31/12/20X5

PERKARA

OKT

NOV

DIS

Baki Awal

 

 

 

Penerimaan

Modal

Jualan

penghutang

 

 

 

 

Pembayaran

Belian

Pemiutang

Gaji

Sewa

 

 

 

 

 

Baki Akhir

 

 

 

 

 

 

 

4.0         Latihan Topikal

 

Encik Yuseri seorang petani ingin memulakan satu projek menanam cili di atas sebidang tanah kebun yang disewanya.Dia ingin memulakan projek itu pada Mei 2005. Projeknya dijangka mendatangkan hasil pada hujung bulan Julai 2005.

 

Encik Nik telah melaburkan wang tunai RM2500 sebagai modalnya. Dia telah memohon pinjaman RM4000 daripada Bank Teguh Berhad. Selepas 3 bulan hasil penanaman cili dianggarkan dapat dijual dengan harga RM4500.

 

Anggaran perbelanjaannya bagi projek tersebut adalah seperti berikut:

 

RM

Upah bulanan 1000

Belanja penyediaan tapak 1200

Belian benih Mei 500

Belian baja Jun 750

Belian racun serangga Mei 680

Belanja air bulanan 100

Sewa tanah bulanan 120

Belanja am bulanan 250

 

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai bagi Encik Yuseri bagi tiga bulan berakhir Julai 2005.