I.
PENGENALAN
IV.
PERBANDINGAN
PERAKAUNAN ANTARA KELAB DAN PERSATUAN DENGAN PERTUBUHAN PERNIAGAAN
V.
AKAUN YURAN
VI.
AKAUN PENERIMAAN DAN
PEMBAYARAN
VII.
AKAUN PERDAGANGAN
VIII.
AKAUN PENDAPATAN DAN
PERBELANJAAN
IX.
KUNCI KIRA-KIRA
X.
LATIHAN
XI.
JAWAPAN
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
I. PENGENALAN
Ø
Kelab dan persatuan ialah organisasi tak
berniaga yang tidak bermotifkan keuntungan. Tujuan utamanya ialah menyediakan
perkhidmatan dan kemudahan sukan serta rekreasi untuk faedah ahli-ahlinya.
Ø
Kelab dan persatuan didaftarkan dengan
Pendaftar Pertubuhan dan segala aktiviti tertakluk kepada akta Pertubuhan 1966.
Ø
Laporan kewangan tahunan organisasi ini
mesti dibentang dalam mesyuarat agung tahunan satu salinannya diserahkan kepada
Pendaftar Pertubuhan.
[kembali]
Ø
Sumber utama hasil kelab & persatuan
adalah daripada yuran yang dibayar oleh ahli-ahlinya serta derma daripada orang
awam. Sumber hasil yang lain adalah daripada menyewa kemudahan kelab misalnya
gelanggang dan dewan. Hasil ini digunakan untuk membiayai segala perbelanjaan
pengurusan kelab.
Ø
Penerimaan dibahagi kepada 2:
(a) Penerimaan
Modal
(b) Penerimaan
Hasil
Ø
Penerimaan Modal
J
wang yang diterima bukan daripada kegiatan
biasa kelab & persatuan berkenaan, contohnya jualan aset tetap derma khas,
yuran masuk dan peruntukan dari kerajaan negeri.
J
Dicampur kepada dana terkumpul dalam Kunci
kira-kira.
Ø
Penerimaan Hasil
J
Wang yang diterima daripada kegiatan biasa
kelab dan persatuan berkenaan, contohnya yuran bulanan, yuran pertandingan,
dividen pelaburan dan hasil sewa.
J
Dicatatkan disebelah kredit Akaun
Pendapatan & Perbelanjaan.
[kembali]
Ø
Perbelanjaan Modal
J
Wang yang dibayar untuk membina atau
membeli aset bukan semasa untuk digunakan dalam kegiatan kelab &
persatuan
J
Aset bukan semasa ini tahan lama
dan dapat digunakan untuk beberapa tahun perakaunan. Contohnya membeli alatan
sukan seperti meja pingpong dan membina aset bukan semasa seperti gelanggan
tenis.
J
Menambahkan nilai aset tetap &
ditunjuk dalam Kunci kira-kira.
Ø
Perbelanjaan Hasil
J
Wang yang dibayar untuk membeli aset
semasa serta belanja pengurusan & pentadbiran kelab & persatuan.
J
Aset semasa yang dibeli hanya dapat
digunakan dalam satu tempoh perakaunan sahaja. Contohnya membeli alat tulis,
membayar belanja pengurusan & pentadbiran spt gaji dan belanja
penyelenggaraan & pembaikan kelab
J
Dicatat di sebelah debit dalam Akaun
Pendapatan & Perbelanjaan
[kembali]
IV.
PERBANDINGAN PERAKAUNAN ANTARA KELAB DAN PERSATUAN
DENGAN PERTUBUHAN
PERNIAGAAN
|
Kelab &
Persatuan |
Pertubuhan
Perniagaan |
|
1. Akaun Yuran |
Tiada |
|
2. Akaun Penerimaan dan Pembayaran (Akaun wang
masuk & wang keluar) |
Buku Tunai |
|
3. Akaun Pendapatan & Perbelanjaan |
Akaun Untung
Rugi |
|
4. Lebihan / Kurangan |
Untung Bersih
/ rugi bersih |
|
5. Dana terkumpul |
Modal /
Ekuiti Pemilik |
|
6. Kunci Kira-kira |
Kunci
Kira-kira |
[kembali]
V. AKAUN YURAN
g
Sumber utama pendapatan sebuah kelab &
persatuan ialah yuran yang terdiri daripada
(a) Yuran
masuk
(b) Yuran
tahunan / bulanan
(c) Yuran
pertandingan
g
Yuran masuk boleh dianggap sebagai
penerimaan hasil / modal bergantung kepada dasar kelab berkenaan. Jika yuran
ini tujuannya untuk pembiayai sesuatu projek tertentu dianggap sebagai
penerimaan modal. Jika untuk tujuan pembiayaian perbelanjaan pengurusan kelab,
ini dianggap sebagai penerimaan hasil.
g
Yuran tahunan / bulanan dan yuran
pertandingan dianggap sebagai penerimaan hasil & dikreditkan ke dalam akaun
Pendapatan & Perbelanjaan.
Akaun Yuran
|
2005 |
|
RM |
2005 |
|
RM |
|
Jan
1 |
Baki b/b |
500 |
Jan
1 |
Baki b/b |
150 |
|
Dis
31 |
Pendapatan & perbelanjaan Baki h/b |
4000 200 |
Dis
31 |
Tunai Baki h/b |
4300 250 |
|
|
|
4700 |
|
|
4700 |
|
2006 |
|
|
2006 |
|
|
|
Jan
1 |
Baki b/b |
250 |
Jan
1 |
Baki b/b |
200 |


Nota :
i.
Yuran tertunggak – wang tahun 2004 yang
belum diterima pada awal tahun 2005. è RM 500
ii.
Yuran terdahulu – yuran tahun 2005 yang
telah diterima dalam tahun 2004. è RM150
iii.
Penerimaan yuran didebitkan dalam Buku
Tunai & dikreditkan dalam Ak Yuran mengikut peraturan catatan bergu. è RM 4300
iv.
Yuran yang sebenar bagi tahun 2005. è RM4000
v.
Yuran terdahulu – yuran tahun 2006 yang
telah diterima dalam tahun 2005. è RM200
vi.
Yuran tertunggak – yuran tahun 2005 yang
belum diterima pada akhir tahun 2005 è RM250
g
Contoh :
Kelab Golf
Kulim mempunyai 150 orang ahli. Yuran tahunan setiap ahli ialah RM100. Bagi
tahun berakhir 31
Disember 2005,
kelab itu telah menerima sebanyak RM5,000 sebagai yuran. Jumlah ini termasuk
RM300 yang
telah diterima
bagi tahun 2006.
Jawapan:
Akaun
Yuran
|
2005 |
|
RM |
2005 |
|
RM |
|
Dis
31 |
Pendapatan & perbelanjaan |
15000 |
Dis
31 |
Tunai |
5000 |
|
|
Baki h/b |
300 |
|
Baki h/b * |
10300 |
|
|
|
15300 |
|
|
15300 |
|
2006 |
|
|
2006 |
|
|
|
Jan
1 |
Baki b/b |
10300 |
Jan
1 |
Baki b/b |
300 |
* angka
pengimbang
Akaun
Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2005
|
|
RM |
|
RM |
|
|
|
Yuran |
15000 |
|
|
|
|
|
Kunci
Kira-kira pada 31 Disember 2005
|
|
RM |
|
RM |
|
Aset Semasa |
|
Liabiliti Semasa |
|
|
Yuran tertunggak |
10300 |
Yuran terdahulu |
300 |
|
|
|
|
|
[kembali]
VI.
AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
$
Akaun ini juga dikenali sebagai Akaun wang
masuk dan wang keluar. Akaun ini merupakan satu ringkasan Buku Tunai untuk sesuatu
tempoh perakaunan.
$
Segala penerimaan modal & hasil
dicatatkan di sebelah debit akaun Penerimaan & pembayaran manakala segala
perbelanjaan modal & hasil dicatatkan di sebelah kredit akaun ini.
$
Akaun ini tidak mengambil kira butir
terakru.
$
Jika akaun ini berbaki debit pada
akhir tahun perakaunan, maka baki ini ditunjukkan sebagai tunai di tangan /
tunai di bank di bawah aset semasa. Jika akaun ini berbaki kredit, baki
ini ditunjukkan sebagai overdraf bank di bawah liabiliti semasa.
$
Format akaun:
Akaun
Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2005
|
Wang Masuk |
RM |
Wang Keluar |
RM |
||
|
2005 |
|
|
2005 |
|
|
|
Jan
1 |
Baki b/b |
X |
Dis
31 |
Belian minuman |
X |
|
Dis
31 |
Yuran ahli |
X |
|
Surat khabar |
X |
|
|
Yuran masuk |
X |
|
Biasiswa |
X |
|
|
Yuran pertandingan |
X |
|
Hadiah dan piala |
X |
|
|
Kutipan derma |
X |
|
Alatan sukan |
X |
|
|
Sewa lokar |
X |
|
Belanja am |
X |
|
|
Jualan meja pingpong |
X |
|
Cenderamata |
X |
|
|
|
|
|
Gaji pekerja |
X |
|
|
|
XX |
|
|
XX |
|
2006 |
|
|
|
|
|
|
Jan
1 |
Baki b/b |
X |
|
|
|
[kembali]
VII.
AKAUN PERDAGANGAN
q
Sekiranya sesebuah kelab / persatuan
mengendalikan kedai minuman / restoran untuk ahli-ahlinya, maka akaun
perdagangan perlu disediakan untuk mengira untung / rugi operasi perniagaan
tersebut.
q
Keuntungan / kerugian itu kemudian
dipindahkan ke akaun pendapatan & perbelanjaan.
q
Maklumat-maklumat yang perlu ada dalam akaun
perdagangan
i.
stok awal dan stok akhir
ii.
belian tunai & belian kredit èjumlah
belian
iii.
jualan tunai & jualan kredit èjumlah
jualan
iv.
belanja-belanja yang terlibat dalam
pengendalian kantin / restoran, contoh gaji pelayan
q
contoh
Kelab Rekreasi
Bukit Mertajam juga mengendalikan kedai minuman. Butiran yang berikut dipetik daripada
rekod-rekod kedai minumannya. Berdasarkan butiran tersebut, sediakan akaun
perdagangan bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2005.
|
|
RM |
|
Pembayaran kepada pemiutang Kutipan daripada penghutang Upah pelayan Kelengkapan perniagaan Jualan perniagaan Lesen perniagaan |
2500 4300 800 7600 1200 40 |
|
|
1.1.2005 RM |
31.12.2005 RM |
|
Stok Pemiutang Penghutang |
860 550 460 |
910 480 570 |
Jawapan
Akaun
Kawalan Pemiutang
|
2005 |
|
RM |
2005 |
|
RM |
|
Dis
31 |
Tunai |
2500 |
Jan
1 |
Baki b/b |
550 |
|
|
Baki h/b |
480 |
|
Belian |
2430 |
|
|
|
2980 |
|
|
2980 |
|
|
|
|
2006 |
|
|
|
|
|
|
Jan
1 |
Baki b/b |
480 |
Akaun
Kawalan Penghutang
|
2005 |
|
RM |
2005 |
|
RM |
|
Jan
1 |
Baki b/b |
460 |
Dis
31 |
Tunai |
4300 |
|
|
Jualan |
4410 |
|
Baki h/b |
570 |
|
|
|
4870 |
|
|
4870 |
|
2006 |
|
|
|
|
|
|
Jan
1 |
Baki b/b |
570 |
|
|
|
Akaun
Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2005
|
|
RM |
RM |
|
RM |
|
Stok awal |
|
860 |
Jualan |
*5610 |
|
Campur
belian |
|
2430 |
|
|
|
Kos barang utk dijual |
|
3290 |
|
|
|
Tolak stok
akhir |
|
910 |
|
|
|
Kos Jualan |
|
2380 |
|
|
|
Upah pelayan |
1230 |
|
|
|
|
Lesen perniagaan |
40 |
|
|
|
|
|
|
1270 |
|
|
|
|
|
3650 |
|
|
|
Untung |
|
1960 |
|
|
|
|
|
5610 |
|
5610 |
|
|
|
|
|
|
*
jualan kredit + jualan tunai = 4410 + 1200 = 5610
Akaun
Pendapatan & Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2005
|
|
RM |
|
RM |
|
Perbelanjaan |
|
Pendapatan |
|
|
|
|
Untung |
1960 |
|
|
|
|
|
Kunci
kira-kira Pada 31 Disember 2005
|
|
RM |
|
RM |
|
Aset Bukan Semasa |
|
Liabiliti semasa |
|
|
Kelengkapan perniagaan |
7600 |
Pemiutang |
480 |
|
Aset Semasa |
|
|
|
|
Stok akhir |
910 |
|
|
|
Penghutang |
570 |
|
|
|
|
|
|
|
[kembali]
VIII.
AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
_
Cara penyediaan Akaun Pendapatan &
perbelanjaan bagi kelab & persatuan sama seperti Akaun Untung Rugi bagi
firma perniagaan.
_
Segala perbelanjaan hasil dan penerimaan
hasil dicatatkan.
_
Pelarasan perlu dibuat untuk memadankan
hasil dengan belanja untuk tempoh perakaunan berkenaan.
_
Lebihan didapati apabila penerimaan hasil
melebihi perbelanjaan hasil manakala kurangan berlaku apabila perbelanjaan
hasil melebihi penerimaan hasil.
[kembali]
IX.
KUNCI KIRA-KIRA
_
Kunci kira-kira perlu disediakan jika
kelab / persatuan mempunyai aset & liabiliti.
_
Kunci kira-kira kelab / Persatuan Kunci
kira-kira sama seperti firma perniagaan, kecuali modal digantikan dengan dana
terkumpul.
_
Dana terkumpul ialah kumpulan wang yang
terdiri daripada sumbangan yuran, derma & apa-apa jua lebihan daripada Akaun
Perdagangan, jika ada.
_
Nilai Dana terkumpul pada awal tempoh
perakaunan dikira dengan rumus:

Dana Terkumpul
pada awal tempoh
= Aset pada
awal tempoh – Liabiliti pada awal tempoh
[kembali]
X. LATIHAN
1.
Maklumat berikut diambil daripada buku perakaunan Kelab Atlit Jaguh:
1
Januari 2003 31 Disember
2003
RM RM
Yuran
terakru 104 125
Yuran
terdahulu 150 110
Pada tahun
2003, Kelab Atlit Jaguh telah menerima RM4200 sebagai yuran.Anda dikehendaki
menyediakan Akaun Yuran.
2. Berikut ialah
petikan daripada Akaun Penerimaan dan Pembayaran Kelab Cempaka Sari bagi tahun
berakhir 31 Disember 2003:
|
Akaun Penerimaan dan Pembayaran |
||
|
|
RM |
|
|
Yuran untuk tahun
2002 |
50 |
|
|
Yuran untuk tahun
2003 |
3600 |
|
|
Yuran untuk tahun
2004 |
180 |
|
Maklumat tambahan:
Baki berikut diambil daripada buku perakaunan Kelab
Cempaka Sari:
1
Januari 2003 31 Disember
2003
RM RM
Yuran terakru 100 80
Yuran terdahulu 60 120
Anda dikehendaki menyediakan:
(a) Akaun Yuran
(b) catatan
dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2003
(c) catatan dalam Kunci Kira-kira pada 31
Disember 2003
3.
Maklumat berikut diambil daripada buku perakaunan Kelab Sentosa Jaya:
1
Januari 2003 31 Disember 2003
RM RM
Yuran terakru 140 120
Yuran
terdahulu 70 115
Pada tahun 2003,
Kelab Sentosa Jaya mempunyai 100 orang ahli. Setiap ahli dikehendaki membayar
yuran tahunan sebanyak RM50 seorang.
Anda dikehendaki menyediakan Akaun
Yuran.
4. Pada 1 Januari
2003, Kelab Belia Harapan mempunyai baki tunai sebanyak RM3500. Pada 1 Februari
2003, hasil yang diperoleh daripada kutipan derma ialah RM1500. Yuran masuk
ahli dan yuran tahunan ahli masing-masing berjumlah RM400 dan RM6200. Sewa yang
diterima daripada penyewaan lokar berjumlah RM230. Jualan bola tenis lama
adalah sebanyak RM80. Yuran pertandingan yang berjaya dikutip ialah RM200
manakala hasil daripada penyewaan gelanggang permainan ialah RM400.
Perbelanjaan yang dilibatkan sepanjang tahun 2003 adalah seperti
berikut:
RM RM
Surat khabar 110 Perabot 600
Biasiswa 1000 Alatan sukan 1600
Hadiah 450 Gaji pekerja 1000
Belanja am 800
Anda dikehendaki menyediakan Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31
Disember 2003.
5. Maklumat
berikut diambil daripada buku perniagaan restoran Kelab Badminton Remaja bagi
tahun berakhir 31 Disember 2003:
RM
Stok awal
minuman 300
Belian minuman 1800
Jualan minuman 2500
Stok akhir
minuman 630
Anda
dikehendaki menghitung untung restoran bagi tahun berakhir 31 Disember
2003.
6. Maklumat
berikut diambil daripada buku perakaunan Kelab Rekreasi Indah bagi tahun
berakhir 31 Disember 2003:
|
Akaun Penerimaan dan Pembayaran |
|||
|
|
RM |
|
RM |
|
Penghutang minuman |
3200 |
Pemiutang minuman |
2000 |
Maklumat tambahan:
Buku perakaunan Kelab Rekreasi Indah juga
merekodkan baki berikut:
1
Januari 2003 31 Disember 2003
RM RM
Stok minuman 80 120
Penghutang
minuman 175 275
Pemiutang
minuman 125 325
Anda dikehendaki menyediakan:
(a) Akaun Kawalan Penghutang
(b) Akaun Kawalan Pemiutang
(c) Akaun
Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2003
7. Maklumat berikut diambil daripada Persatuan
Perabot Indera Kayangan:
(i)
Pada 1 Januari 2002, persatuan memiliki
aset dan liabililiti berikut: Lengkapan pejabat RM 16 000, Bank RM 7 974,
Simpanan tetap RM 20 000, belanja mesyuarat terakru RM 152
(ii)
Ringkasan Akaun Penerimaan dan Pembayaran
bagi tahun berakhir 31 Disember 2002.

Maklumat
Tambahan:
(i)
Yuran tahunan setiap ahli RM 80. Dalam
tahun perakaunan yang berakhir 31 Disember 2002 seramai 10 orang ahli tidak
menjelaskan yuran tahunan dan 20 orang ahli menjelaskan yuran tahunan untuk
tahun 2003.
(ii)
Akhbar dan majalah terdahulu RM 90.
(iii)
Lengkapan pejabat hendaklah
disusutnilaikan 20% setahun.
(iv)
Derma hendaklah dianggap sebagai
pendapatan hasil.
Anda dikehendaki menyediakan:
(a)
Akaun Yuran
(b)
Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi
tahun berakhir 31 Disember 2003
(c)
Penyata Dana Terkumpul pada 31 Disember
2003.
[kembali]
XI. JAWAPAN
1.
|
Akaun Yuran |
|||||
|
2003 |
|
RM |
2003 |
|
RM |
|
Jan 1 |
Baki b/b |
104 |
Jan 1 |
Baki b/b |
150 |
|
Dis 31 |
Pendapatan dan
Perbelanjaan |
4261 |
Dis 31 |
Penerimaan dan
Pembayaran |
4200 |
|
|
Baki h/b |
110 |
|
Baki h/b |
125 |
|
|
|
4475 |
|
|
4475 |
2.(a)
|
Akaun Yuran |
|||||
|
2003 |
|
RM |
2003 |
|
RM |
|
Jan 1 |
Baki b/b |
100 |
Jan 1 |
Baki b/b |
60 |
|
Dis 31 |
Pendapatan dan Perbelanjaan |
3750 |
Dis 31 |
Penerimaan dan
Pembayaran |
3830 |
|
|
Baki h/b |
120 |
|
Baki h/b |
80 |
|
|
|
3970 |
|
|
3970 |
(b)
|
Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir
31 Disember 2003 |
|||
|
|
|
|
RM |
|
|
|
Yuran |
3750 |
(c)
|
Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2003 |
|||
|
Aset Semasa |
RM |
Liabiliti Semasa
|
RM |
|
Yuran terakru |
80 |
Yuran terdahulu |
120 |
Jalan kerja:
Kutipan yuran pada tahun 2003 = RM50 + RM3600 + RM180 = RM 3830
3.
|
Akaun Yuran |
|||||
|
2003 |
|
RM |
2003 |
|
RM |
|
Jan 1 |
Baki b/b |
140 |
Jan 1 |
Baki b/b |
70 |
|
Dis 31 |
Pendapatan dan Perbelanjaan |
5000 |
Dis 31 |
Penerimaan dan
Pembayaran |
5065 |
|
|
Baki h/b |
115 |
|
Baki h/b |
120 |
|
|
|
5255 |
|
|
5255 |
Jalan kerja:
Yuran yang akan diterima pada tahun 2003 =
100 orang x RM50 = RM5000
4.
|
Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31
Disember 2003 |
|||||
|
2003 |
|
RM |
2003 |
|
RM |
|
Jan 1 |
Baki b/b |
3500 |
Dis 31 |
Surat khabar |
110 |
|
Feb 1 |
Derma |
1500 |
|
Biasiswa |
1000 |
|
|
Yuran masuk |
400 |
|
Hadiah |
450 |
|
|
Yuran ahli |
6200 |
|
Belanja
am |
800 |
|
|
Sewa lokar |
230 |
|
Perabot |
600 |
|
|
Jualan bola tenis |
80 |
|
Alatan
sukan |
1600 |
|
|
Yuran pertandingan |
200 |
|
Gaji
pekerja |
1000 |
|
|
Sewa gelanggang |
400 |
|
Baki
h/b |
6950 |
|
|
|
12 510 |
|
|
12 510 |
|
2004 |
|
|
|
|
|
|
Jan 1 |
Baki b/b |
6950 |
|
|
|
5.
|
Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2003 |
|||
|
|
RM |
|
RM |
|
Stok awal |
300 |
Jualan minuman |
2500 |
|
Belian minuman |
1800 |
|
|
|
|
2100 |
|
|
|
– Stok akhir |
630 |
|
|
|
|
1470 |
|
|
|
Untung restoran |
1030 |
|
|
|
|
2500 |
|
2500 |
6. (a)
|
Akaun Kawalan Penghutang |
|||||
|
2003 |
|
RM |
2003 |
|
RM |
|
Jan 1 |
Baki b/b |
175 |
Dis 31 |
Penerimaan dan
Pembayaran |
3200 |
|
Dis 31 |
Jualan |
3300 |
|
Baki h/b |
275 |
|
|
|
3475 |
|
|
3475 |
|
2004 |
|
|
|
|
|
|
Jan 1 |
Baki b/b |
275 |
|
|
|
(b)
|
Akaun Kawalan Pemiutang |
|||||
|
2003 |
|
RM |
2003 |
|
RM |
|
Dis 31 |
Penerimaan dan
Pembayaran |
2000 |
Jan 1 |
Baki b/b |
125 |
|
|
Baki h/b |
325 |
Dis 31 |
Belian |
2200 |
|
|
|
2325 |
|
|
2325 |
|
|
|
|
2004 |
|
|
|
|
|
|
Jan 1 |
Baki b/b |
325 |
(c)
|
Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2003 |
|||
|
|
RM |
|
RM |
|
Stok awal |
80 |
Jualan minuman |
3300 |
|
Belian minuman |
2200 |
|
|
|
|
2280 |
|
|
|
–Stok akhir |
120 |
|
|
|
|
2160 |
|
|
|
Untung minuman |
1140 |
|
|
|
|
3300 |
|
3300 |
7.
Akaun
Yuran

Akaun
Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2003

Jalan kerja:
Penyata
Mengira Dana Terkumpul Pada 1 Januari 2003
|
|
RM |
RM |
|
|
Aset Lengkapan pejabat Bank Simpanan tetap |
16 000 7 974 20 000 |
½ |
|
|
|
|
43 974 |
|
|
-
Liabiliti Belanja mesyuarat terakru |
|
152 |
(½ ) |
|
|
|
43 822 |
|
Penyata
Mengira Dana Terkumpul Pada 31 Disember 2003
|
|
RM |
|
|
Dana pada 1 Januari 2003 |
43 822 |
(½) |
|
+ Lebihan |
4 366 |
(½) |
|
|
|
|
|
|
48 188 |
(1) |
[kembali]